GMM;

 FAKTA atau AUOTA?

 

Keratan Akbar Kosmo! 16 Sept. 2006 (Sabtu)

(Klik pada gambar untuk membesarkan imej)

 

GMM

(Gerakan Mahasiswa Maju)

Auota

(Penipuan GMM dalam Kosmo!)

Fakta

(isu yang sebenar)

"Kami pasti cabar kepimpinan sekarang dan tidak akan duduk diam"

 

GMM memang duduk diam sebelum ini? Benarkah? Mungkin, kerana mereka memboikot pilihanraya kampus pada tahun 2005. Kini GMM menjilat ludah mereka sendiri.

 

Ingin menebus malu barangkali...

 

 

"Sebenarnya pihak universiti belum memaklumkan secara rasmi bahawa kempen sudah boleh mula. Jadi, kami sedang berbincang sesama ahli"

 

Apa lagi yang mahu dibincangkan sesama ahli GMM? Amat lambat membuat keputusan.

 

GMM, kenapakah anda berbohong kepada rakayt Malaysia (melalui KOSMO!)?. Adakah anda sudah 'buta'? Buta mata dan buta hati?

 

Beberapa orang Ketua Unit JAMIS UPM sudah nampak notis pilihanraya kampus dipamerkan di seluruh kawasan di UPM sejak Isnin (11 Sept. 2006) yang lalu.

 

Anda masih mahu berbohong?

 

 

GMM mendakwa tidak gentar dengan lawan pro-aspirasi.

 

 

GMM sebenarnya berkecamuk dengan masalah dalaman. Organisasi GMM tidak kukuh, dan mudah goyah dengan kejayaan pro-aspirasi membela kebajikan mahasiswa.

 

 

GMM ingin berkhidmat agar dapat membela kebajikan mahasiswa.

 

GMM tiada isu kebajikan, sebaliknya MENUMPANG isu kebajikan yang diusahakan oleh pihak lain seperti Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPPUPM)

 

 

"Sudah jelas isu kebajikan pelajar seperti kelewatan pembayaran wang pinjaman, harga makanan mahal di kafe dan penutupan jalan pintas semuanya kami yang perjuangkan," kata Yong Jin.

 

 

GMM tidak malu. GMM hanyalah menumpang ketiga-tiga isu yang diusahakan oleh MPPUPM dan lain-lain persatuan kebajikan yang berdaftar di UPM.

 

GMMUPM menganggap perjuangan mereka sekarang sudah melebihi apa yang dilakukan MPPUPM.

MPPUPM disifatkan sebagai tidak sombong dan tidak menghebohkan kejayaan mereka dalam membela kebajikan pelajar. MPPUPM dilihat telah banyak banyak berusaha untuk membela kebajikan pelajar.

 

Antaranya isu mahasiswa yang menghadapi masalah banjir di kawasan utara Malaysia, isu sarang lebah, jalanraya berlubang, pagar kolej 10/11, pagar lebuh silikon, masalah kecurian motorsikal, dan lain-lain lagi isu yang berjaya diselesaikan oleh MPPUPM. JAMIS UPM menabik hormat usaha MPPUPM.

 

Mampukah GMM membela nasib mahasiswa UPM di Kampus Bintulu pula?

 

Benar, anda (GMM) tidak tahu malu.

 

 

"Kembalikan sistem manual kerana lebih telus dan jika berlaku ralat ia mudah diatasi." kata Yong Jin yang menyifatkan sistem itu meragukan serta boleh menjejaskan proses pilihan raya.

Semasa zaman Tan Kar Hing, beliau tidak bising seperti zaman Yong Jin. Tan Kar Hing selesa memenangi pilihanraya kampus UPM, dan selepas menang, beliau malas bekerja. Selepas menjadi mantan MPP, Tan Kar Hing amat bising dan ribut-ribut menentang e-voting (padahal beliau menang pilihanraya melalui e-voting).

 

Kini, giliran Yong Jin pula menentang e-voting. Adakah Yong Jin akan jadi pemalas seperti Tan Kar Hing (jika selepas menang bertanding nanti?)

 

Terdahulu; Persatuan Bahasa Tionghua (PBTUPM) ingin didaftarkan agar dapat membela kebajikan mahasiswa.

 

GMM ingin mendokong PBTUPM sebagai badan sah untuk mendapatkan pengaruh yang lebih luas dari kalangan mahasiswa Cina.

 

 

 

 

    <<Kembali ke Halaman JAMIS UPM

 

Organisasi JAMIS UPM          Jadi Sukarelawan JAMIS UPM          Hantar Artikel kepada Editor JAMIS UPM

 

Kepada pengamal-pengamal blogspot, penulis-penulis artikel dan individu yang berminat, anda dipelawa untuk menghantarkan karya anda kepada Editor Blog JAMIS UPM. Karya anda mestilah asli. Sebarang karya yang menggunakan title seperti contoh; "Saudara Ahmad Tarmizi, Presiden Gamis" perlulah asli dan bukannya palsu. Sila hantarkan karya anda kepada; editor_jamisupm@yahoo.com.my